Semua pelajar mula bising di kawasan koridor.Kenapa? Kerana pelajar terpopular di sekolah telah datang!!Siapa? Siapa lagi kalau bukan Lee Taeyong.Pelajar lelaki tapi rupanya seakan perempuan.Sungguh cantik.Walaupun dia popular dia tetap tak nak jadi yg terpopular kerana dia merasakan bahawa ianya sungguh merimaskan.Kadang-kadang dia tidak datang ke sekolah.
Masuk sahaja ke dalam kelas...Taeyong duduk di tempatnya iaitu sebelah Na So-Hyun,budak perempuan yang tak berapa popular,tapi comel!Walaupun duduk bersebelahan,Taeyong tetap memilih untuk mendiamkan diri kerana dia menggangap bahawa Sohyun juga mungkin menyukainya.Mereka berdua memiliki rahsia tersendiri yang tidak mahu diketahui oleh orang ramai.
Taeyong mempunyai rahsia yang dia tidak mahu dedahkan kepada orang ramai iaitu dia sebenarnya menjadi trainee SM.Dia selalu pulang lewat malam.Bila ditanya kenapa pulang lewat dia menjawab kawan ajak gi makan.
Manakala Na So-Hyun pula dibuli oleh peminat Taeyong walaupun kenyataan yang sebenarnya mereka tidak begitu rapat.Dan juga dia tinggal berdikari.Maka,tiada siapa yang tahu betapa peritnya hatinya..Segala kecederaan di muka pasti akan ditutup dengan sedikit make up dan handiplus.
"Annyeong,"sapa So Hyun kepada Taeyong.Taeyong hanya tersenyum sahaja dan duduk.
Mereka melalui hari persekolah pada hari itu seperti biasa.Selesai sahaja sesi persekolahan Sohyun pergi ke belakang sekolah.
Disitu kelihatan tiga orang perempuan yang beruniform sekolah sedang menunggu Sohyun.
"Woi,budak.Ko bawa duit tak?"tanya salah seorang budak perempuan yang berambut kerinting yang merupakan ketua.So hyun hanya senyap.Pelajar perempuan tu bengang dan menarik rambutnya.Sohyun menjerit kesakitan.Pelajar itu melepaskan rambut Sohyun dan menolaknya ke belakang.
"Aku tanya kau lagi sekali.Kau bawak duit tak?"tanya perempuan tu sekali lagi dengan nada yang keras.Sohyun menggelengkan kepalanya.Ketiga-tiga pelajar permpuan tu mula hilang sabar dan mereka......
Adakah anda berpuas hati dengan cerijta yang terbaru ini....Agaknya lagu apa yang sesuai untuk lagu ni...Saya cadangkan 'Playboy-EXO'..Nikmatilah lagu ini...