Sabtu, 13 April 2019

YOU BE MINE FOREVER (Episod 2)

Scene Sarah (di Malaysia)

Ting Tong...bunyi telefon Sarah menandakan mesej masuk.Dia membaca mesej itu dan tersenyum kerana pada hari itu merupakan hari jadinya yang ke-21.Ramai rakan-rakannya yang mengucapkan selamat hari jadi kepada nya.Dia membalas mesej tersebut dengan mengucapkan terima kasih.

Dia melihat kembali surat yang diberikan kepada ibunya itu.Tiba-tiba dia ternampak akan beberapa tiket di dalam sampul.Dia mula bingung.Dia mencapai telefonnya yang berjenama Iphone itu dan menelefon Taqi.Dia ingin mengetahui siapakah dirinya yang sebenar.

"Heloo...Saraheyo.Selamat hari jadi.Baru nak tulis mesej kat kau tapi kau telefon aku pula.Nak apa?"sapa Taqi.Sarah tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Taqi.

"Gommawo(terima kasih).Aku nak tanya sikit pasal diri aku.Hari ini Omma hantar surat kat aku.Dia tulis kau adalah adik kembar lelaki aku.So,bingung lah sikit otak aku ini.Tapi tetap bijak,"balas Sarah sambil bergurau.Dia tergelak.

"Hahaha...Actually...aku ada kerja sikit ni.Ermmm...Apa kata kita jumpa kat cafe Haniza?Amacam?"tanya Taqi.

"Hmmm...Oklah.pukul 2 tepat.Kalau lambat kau tahulah,"balas Sarah sambil memberi amaran.Dia meletak telefon di sebelah laptopnya.Dia ke almari pakaian.Dia mengambil dress yang berlengan panjang.Dia tahu keadaan cuaca agak tidak menentu.Tapi dia sangat suka pakai baju lengan panjang di luar rumah.Dia mengatakan bahawa jika dia keluar dengan memakai baju lengan pendek dia dikira tidak memakai baju.Sungguh pelik.

2.00 P.m.

Seperti yang dijanjikan mereka berdua berada di cafe Haniza.Nasib baik Haniza tu kawan mereka.Dapatlah juga mereka tempat VIP iaitu di bawah kipas.Oh sungguh nyaman.

"Cepatlah bagitahu aku.Sapa diri aku.Duduk main handphone tu lagi kenapa?"marah Sarah kerana sudah lebih 5 minit mereka berada di situ tanpa berkata apa-apa.

"Ok.ok...Jangan marah.Sebenarnya diri kau yang sebenar ialah..............................................................

Best tak tadi..Sila nantikan episod 2 pada Hari Sabtu dan Ahad minggu depan.Hari ini saya belanja lagu baru Blackpink...'Kill This Love'....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan